Sabtu, 11 Disember 2010

Pulanglah

"Bang,yang nak ke kampung abang.Rindu rasanya.Bolehkan?"itu lah pertanyaan yang selalu didengar oleh Jamal oleh isterinya,Maisarah.Setiap hari apabila menjelang hari perayaan,setiap itu juga lah dia selalu bertanya soalan yang sama.Tetapi Jamal selalu menjawab "Nanti lah tu,raya kan masih lama lagi,"itu juga lah jawapan yang selalu diberikan oleh Jamal,seolah-olah dia tak ingin lagi kembali lagi ke sana."Bang,yang lepas tu lepas lah,tak payah lah abang ingat pasal itu lagi,ni kan tak lama lagi dah nak masuk hari lebaran,kita seharusnya bermaaf-maafan,"Maisarah cuba nak menasihati Jamal,tapi bukan mudah nak lupakan peristiwa hitam yang melanda dirinya tujuh tahun lepas gara-gara dia dihalau ayahnya disebabkan dia dituduh membuatkan Saerah,kawan rapatnya mengandung.Apatah lagi Jamal kawan rapat Saerah, jalan pergi sekolah sama-sama,balik dari sekolah sama-sama,tapi itu bukan bererti Jamal yang melakukan perbuatan terkutuk itu.Sebelum tidur,terfikir juga Jamal akan kisah hidup lampau nya yang akan diingatinya selama hayatnya di kandung badan.
                          *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
  Usia Jamal ketika itu adalah 19 tahun.Dia pelajar tingkatan 6 atas dalam aliran kemanusiaan di sebuah sekolah berdekatan.Dia selalu rapat dengan Saerah,pelajar tingkatan 5 dalam aliran perakaunan di sekolah yang sama dengan Jamal.Saban hari,mereka selalu pergi dan balik sama-sama.Jamal selalu menjadi guru rujukan Saerah apabila Saerah ingin bertanya pasal pelajaran,lebih-lebih lagi Saerah tak lama lagi akan menduduki peperiksaan SPM dan Jamal pula akan menduduki peperiksan STPM.Oleh itu,Jamal yang pernah menduduki peperiksaan SPM selalu memberikan tips dan teknik untuk menghadapi peperiksan SPM kepada Saerah.Oleh itu,boleh dikatakan mereka selalu belajar dan tidak kenal erti malas.
  Pada suatu hari,Saerah bercinta dengan seorang pemuda dari kampung sebelah.Namanya Ismail.Namun begitu,perhubungan Saerah dan Ismail tidak direstui keluarga kerana Ismail berasal dari keluarga miskin, dan tidak mempunyai kelulusan untuk menyambung pelajaran.Untuk membuktikan pada keluarga Saerah yang dia mampu untuk menyara hidup Saerah,Ismail mengambil kursus bengkel dan berhasrat ingin membuka bengkel untuk membaiki kereta.Percintaan Saerah dan Ismail begitu kuat sekali.Saerah berasa sedih apabila Ismail akan ke ibu kota selama 2 tahun untuk menjalani kursus tersebut.Saerah dan Ismail merancang untuk bertunang,tapi rancangan itu ditolak olah keluarga Saerah dengan alasan Ismail tak mampu menyara hidup anak mereka.
  Saerah meluahkan kesedihannya itu pada Jamal memandangkan Jamal yang tahu perasaannya,apatah lagi Jamal dianggap sebagai abang.Jamal yang mendengar luahan Saerah itu berasa kesian padanya kerana Jamal berasa hairan yang zaman sekarang ini pun masih juga orang mengejar harta dan pangkat untuk mengukur kebahagiaan.Apabila Jamal menasihati Saerah supaya lupakan Ismail seketika untuk menumpukan pada pelajaran,Saerah malah memarahinya."Abang mana pernah bercinta,sebab itulah abang tak dapat beri keputusan!"Saerah terus meninggalkan Jamal.Jamal berasa bersalah atas apa yang dikatakan tadi.
  Sejak itu,Saerah tidak pernah bertegur sapa pun dengan Jamal.Bagi Saerah,Jamal mungkin cemburu dengan perhubungan mereka,sebab itulah Jamal melarang dia bercinta.Bagi Jamal pula,pelajaran perlu diutamakan dahulu sebelum fikirkan pasal cinta.Apabila Jamal berjumpa dengan Saerah saja,Saerah malah terus lari darinya,seolah-olah Jamal orang yang dia tidak kenal.Pada suatu malam pula dalam perjalanan ke rumahnya dia ternampak Saerah dan Ismail berpeluk-pelukan,Jamal cuba menegurnya,apatah lagi mereka berbuat perkara yang tak senonoh di tempat awam dan Saerah seorang yang rajin dan pintar,sudah tentu Jamal tak ingin Saerah sia-siakan pelajarannya.Tetapi,Saerah malah mencemuhnya,"Saya tahulah apa yang saya buat.Yang abang sibuk sangat ni kenapa?Mesti abang ada hati kat saya,sebab itulah abang cuba nak halang saya,"marahnya tak terkira pada ketika itu.Kalau nak ikutkan hati,mahu saja Jamal menamparnya tetapi memikirkan juga haknya,niatnya itu pun tak jadi.
 Sejak itu juga lah Jamal tidak lagi nak ambil tahu pasal Saerah.Bagi Jamal,Saerah itu tidak lagi menganggap nya sebagai abang.Mungkin Saerah tak lagi nak hiraukan dirinya.Tidak lama kemudian,kedatangan seorang rakannya membawa berita yang akan mengubah sejarah hidupnya buat selama-lamanya.
  Pada waktu rehat di hari persekolahan,ketika Jamal baru lepas makan di kantin,rakan sekelasnya,Isnin membawa berita."Jamal,orang kampung mencari kau.Mereka kata kau telah membuntingkan Saerah!".Percakapan Isnin yang nampak agak serius,tapi Jamal sangka ia satu gurauan."Baik kau lari,kalau orang kampung dapat kau,habis kau dikerjakan mereka,"tambahnya."Apa-apa lah kau ni,aku tak da buat apa-apa salah pun.Kenapa pula aku perlu lari?Mungkin mereka cuma mahu minta tolong tu nak cari kerbau mereka,"kata Jamal.Kebolehan Jamal di kampung cuma mencari semula kerbau yang hilang."Hoi,aku serius ni!"Isnin bertegas."Apa lah kau ni.Ok lah masa rehat dah tamat ni.Jom kita masuk kelas."Jamal masih menganggap Isnin bergurau dengannya.
  Setelah pulang dari sekolah,Jamal hairan melihat bapanya memandangnya dengan pandangan tajam dan bercekak pinggang."Hai pak,bapa ni macam pahlawan je.Mau menjadi macam Hang Tuah kah?"Jamal berselamba.Tetapi,selambanya itu disambut dengan tamparan keras dari bapanya hingga menyebabkan dia terjatuh dan berdarah hidungnya.Jamal pun mengelap hidungnya yang berdarah itu."Apa ni pak,kenapa bapa tiba-tiba menampar saya?"Hairan Jamal dengan sikap bapanya.Selama ini bapanya tidak bersikap demikian.Inilah kali pertama bapanya menamparnya sedemikian rupa.
 "O kau berpura-pura tak tahu lagi ya?Selama ini bapa beri apa yang kau ingin perlukan.Ini kah balasan yang kau berikan untuk bapa?Sekarang kau telah memalukan bapa.Kau telah buntingkan Saerah!Kau telah buntingkan Saerah!"Terfikir dihati Jamal akan kata-kata Isnin masa di sekolah tadi.'Memang betullah apa yang dikatakan oleh Isnin tadi,"detiknya."Tadi orang kampung kata kau yang membuntingkan dia.Apa kau ni nak berbini cepatkah hah??"kata bapanya dalam keadaan marah."Pak,sumpah bukan saya yang melakukannya.Saya masih ingat Tuhan.Tak mungkin saya melakukan perkara sekeji itu pak."Jamal cuba mempertahankan maruahnya.'Takkan lah Ismail yang membuntingkan Saerah?'fikirnya sekali lagi.Tapi kebanyakan mereka tak melihat perhubungan Saerah dengan Ismail.Selama ini orang kampung cuma tahu hubungan Jamal dan Saerah semakin rapat sehinggakan mereka menyangka dia yang membuntingkan Saerah.Kesalnya dia dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya tanpa usul periksa.
 "O kau masih berdegil lagi ya?Baiklah,kalau kau masih tak nak bertanggungjawab,kau bukan lagi anak aku!Anak aku tidak ada sifat begini tahu tak!Sekarang kau kemaskan barang kau dan pergi dari sini!Aku tak nak tengok muka kau lagi.Sampah masyarakat!"emosi bapanya tak dapat dikawal lagi.....bersambung